Friday, August 26, 2011

Jemputan

Jawatankuasa Kerja Reunion (SMBT 1974-78) 2011
serta seluruh Warga Alumni SMBT 1974-78
dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang dihormati Cikgu Mahadi b. Abdul Rahman
No. 196, Jalan Teriang
Petaling
71600 KUALA KLAWANG

________________________________________


menghadiri

MAJLIS BERTEMU SEMULA KALI KE-2
dan SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Tarikh : 10 SEPTEMBER 2011 (SABTU)
Masa : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
Tempat: Seremban International Golf Club (SIGC)
Batu 3 Jalan Kuala Pilah
70710 Seremban, Negeri Sembilan.


* Sukacita kiranya Cikgu memberi jawapan (akan hadir /tidak akan hadir) kepada jemputan ini kepada:
En. Safian b. Abd Rashid (Penyelaras) - Tel: 012-6312466
En. Rosdin b. Kasim - Tel: 019-3234246
En. Mohamad Azaludin b. Abdul Aziz - Tel: 017-6068857

Monday, November 16, 2009

Hanya Bertanya Khabar

free myspace graphics :: myspace images :: myspace pictures free myspace layouts

APA KHABAR KAWAN-KAWAN LAMA "SMBT ALUMNI"?


======================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

Masalah Membangunkan SMBT Alumni (Ex-SMBT)

Bila saja idea untuk membangunkan satu website, blog ataupun forum untuk ex-student diutarakan, kita seringkali dihujani dengan beberapa persoalan lazim. Sebenarnya, masalah “tak exclusive to our batch” ini bukan baru.

Semua batch mempunyai ruangan forum/blog/website sendiri. Alasan yang diberikan ialah kerana kurang selesa berkongsi dengan batch lain, ataupun tidak ada privacy, tidak ada perasaan MEMILIKI bila website, blog atau ruangan forum berkenaan dikongsi oleh semua batch dan sebagainya.

Masalah Website/Blog/Forum dan komuniti dihadapi ex-student

Sudah banyak website ex-stdent yang berkubur semata-mata kerana kurang sambutan. Dan masalah ataupun penyebabnya adalah sama sahaja. Apa yang boleh diharapkan daripada satu senarai anggota seramai 10-45 orang? Dari situ pula, ahli yang betul-betul aktif hanya sekitar 5% - 15% sahaja. Kebanyakan website, blog dan forum begini berkubur kerana kurangnya manafaat yang dapat diperolehi oleh pengunjung. Kalau sekadar asyik bercerita tentang pengalaman sneak-out ramai-ramai 30 tahun yang lepas, lambat laun cerita tersebut akan mula hilang daya penariknya (sekiranya terlalu kerap diulang-ulang).

Daya penarik mungkin berubah mengikut perkembangan persekitaran, peningkatan usia, perubahan suasana bekerja dan tanggung-jawab.

Matlamat Komuniti

Rasanya perlu kita perjelas dan tekankan tujuan sebenar diwujudkan komuniti dan blogs/forums ini. Sekadar yang dapat saya fikirkan adalah seperti berikut:-

1. Untuk kumpulkan semula semua rakan-rakan terutamanya daripada sesama batch. Mungkin untuk menggamit kembali kenangan bersama dsb.

2. Untuk membina portfolio kenalan, rakan dan taulan. Bukan sekadar tertutup kepada 45 orang rakan satu batch kita di smbt dahulu.

3. Untuk membangunkan satu pengkalan data mengenai rakan-rakan ex-smbt secara keseluruhannya.

4. Untuk berkongsi maklumat dan berita yang sesuai untuk semua batch.

Perancangan Semasa

Apa yang saya rancang sekarang ini adalah untuk membangunkan satu blog ex-smbt untuk semua batch. Sesiapa yang pernah belajar di smbt atau smtduma atau apa saja nama yang digunakan, selagi mana ianya merujuk kepada sekolah yang terbabit, maka beliau layak untuk menyertai komuniti ini.

Dalam blog ini, saya sediakan satu Main Page yang ditujukan kepada semua batch. Di sini dimuatkan semua berita serta informasi yang umum, juga dimuatkan maklumat-maklumat am yang tidak terikat kepada hal-ehwal ex-smbt seperti berita-berita semasa, berita ekonomi, tips-tips dan sebagainya. Malahan, dengan adanya Professionals di kalangan kita, mungkin ada antara mereka yang turut boleh memberikan sedikit sumbangan idea untuk tatapan komuniti ini. Mungkin akan ada tips menghadapi temuduga daripada senior untuk junior yang baru tamat pengajian. Mungkin ada pengumuman peluang pekerjaan. Pengumuman peluang perniagaan dan sebagainya.

Daripada main page ini, berdasarkan nama pengguna masing-masing dan juga hak akses, pengunjung bloge boleh melayari blog ke kawasan-kawasan ekslusif milik batch masing-masing. Contohnya, bagi batch 1974-1978 akan ada hyper-rangkaian sendiri (hanya untuk ahli yang ada blog dan Gallery mereka sendiri, atau mungkin hingga ke forum mereka sendiri).

Apa yang penting ialah, dalam kita menjaga ke-ekslusif-an masing-masing, kita juga ingin berkongsi dengan ex-smbt secara umum melalui hyper-rangkaian ini.

Seriously, I hope that one day, we would be able to share our thought among all ex-smbt, under one virtual roof of a same site, without prejudice of what batch one belongs to.

Mohamad Azaludin

Wednesday, October 21, 2009

Semoga Rohnya Ditempatkan Di Kalangan Orang-Orang Shalihin

Pagi ini Khamis 22/10/2009 sebaik sampai di pejabat terima berita sedih. Puan Maimon sms saya, maklumkan bonda En. Nordin Md. Noor telah kembali ke Rahmatullah.

Pada En. Nordin saya ucapkan takziah. Sama-samalah kita berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beroleh kebahagiaan di akhirat kelak. Ameen.